ANAK. TANGGUNGJAWAB? AMANAH?
Hi, Assalamualaikum korang
Dah lama tak menulis ni rasa kekok pulak kan.
Saja la nak bercakap pasal tanggungjawab harini.
Bila cakap pasal anak ni, apa yang korang akan terfikir ye? Tanggungjawab? Amanah? Pembawa Rezeki?
Kalau tanya pada aku, anak ni amanah, tanggungjawab. Allah bagi, sbb Dia tahu kita dah bersedia untuk
pikul tanggungjawab, amanah.
Berlainan dengan kisah aku. Pada ibu bapa aku, anak-anak ni merupakan punca rezeki bila kami dah
besar. Tak dinafikan, pengorbanan ibu bapa membesarkan kita tak ternilai. Tapi waktu aku membesar
tak seindah keluarga lain. Aku anak sulung. Akademik aku memang agak slow sikit berbanding
adik aku yang nombor 2. Jadinya dari sekolah rendah, kalau aku bawak balik keputusan periksa, memang
confirm kena marah, maki, rotan sebab keputusan tak cantik. Tak cantik tu bukanlah gagal tapi ada 2 3
subjek aku dapat C@D. Kadang aku fikir balik, betul ke aku ni dari family ni. Tapi bila tgk surat beranak,
mmg confirm aku anak ibu bapak aku...hahahahha. Aku tengok family lain, kalau anak-anak dyeorang ada
masalah, ibu bapak tu yang jadi penguat. Tapi aku? Bila aku ada masalah, yang aku dapat 'BODOH',
'MENYUSAHKAN ORANG', 'BENGONG', macam2 lagi la yang keluar. Dan disebabkan tu lah, aku
dapat anxiety dan panick attack. Aku hilang keyakinan. Aku tak berani untuk cuba sesuatu yang baru.
Aku cuma boleh pendam je sekarang ni. Nak cerita dengan orang pun, tak semua boleh faham. Tahun
2022 adalah tahun kejatuhan aku, Tahun aku susah. Dan di tahun ni jugak lah aku boleh tengok siapa
keluarga, siapa kawan. Bila kau susah, keluarga kau yang dulunya rapat pun akan berpaling tadah.
Kadang2 orang luar yang jarang kita jumpa yang akan jadi sumber kekuatan kita.
Semoga Allah memberi aku kesabaran untuk menghadapi liku-liku hidup ni. Allah yang Maha
Mengetahui segala sesuatu.
Ok, tu je luahan hati aku untuk harini. Jumpa lagi korang
15 September 2022 - Khamis -
-BlackNina-
Comments
Post a Comment